RSS

Menginginkan
Mempernahkan
Mengalami
Melatihkan
Mempelajari
Mencari

Perburuan

Penulis : Pramoedya Ananta Toer
Penerbit : Wira Karya 1994

Apa yang bisa saya ungkapkan

Ini novel Pramoedya yang pertama. Kemunculan Perburuan dalam arena persuratan Melayu (bermaksud : Indonesia dan Malaysia) satu kejutan menurut A Samad Said, Sasterawan Negara Malaysia. Pak Samad menyamakan fenomena ini sama seperti munculnya Atheis (Achjadiat), Merahnya Merah (Iwan Simatupang), dan kemudiannya Ayat-Ayat Cinta (Habiburrahman El-Syirazy). Cuma saya menyahlis kan Ayat-ayat Cinta untuk memberi laluan kepada Tetralogi Laskar Pelangi (Andrea Hirata).

Perburuan ialah kisah seorang anak muda, Hardo, yang diburu tentera Jepun kerana terlibat dengan pemberontakan.

Perburuan dibangunkan di atas empat babak yang mewakli empat plot. Novel ini pendek, hanya sedikit lebih panjang dari Bukan Pasar Malam. Namun, saya teruja dengan daya dan gaya Pram mengungkapkan perasaan diburu dan semangat untuk berjuang melalui watak Hardo.
‘Plot novel ini menggabungkan bermacam pertentangan : cinta dan benci, setia dan belot, gembira dan sedih’.

Membaca novel ini terasa seperti ditipu pada babak pertama. Hardo yang diajak pulang, enggan walau dipujuk berkali-kali. Ternyata pujukan itu hanya satu muslihat untuk menangkapnya.

Sama seperti Amilah dalam Keluarga Gerilya yang memahari anak daranya kerana tidak pandai menjaga harta (pakaian) sehingga hilang. Dihujung cerita barulah pembaca faham, bukan pakaian itu hilang, sebaliknya telah dilelong oleh Amilah yang sudah nyanyuk.

Sekali lagi kredit buat Pram, yang ternyata bukan sahaja berjaya mengangkat tema yang besar (manusia dan kebebasan), bahkan seni bercerita Pram juga sangat halus dan tinggi.


Apakah Novel/Drama ini menarik hatimu??
Ekstensi Filenya (dalam RAR)  DJVU